Saturday, January 8, 2011

Husul dan Wusul


Ilmu
Suatu istilah yang di gunakan untuk menerangkan sifat2 ilmu. Kalau mengikut apa yang telah aku nampak sendiri, ilmu bukan suatu yang definitive (mutlak), boleh di gambarkan dengan sekali pandang saja. Malah tiada suatu pun dalam dunia ini dapat diterangkan dengan secara definitive.

Epal
Melalui perbincangan kami dengan lecturer kelmarin, dapatkah Epal kita terangkan sahaja sebagai "suatu buah-buahan"? Cukupkah kalau kita hendak menerangkan epal sebagai suatu buah-buahan, boleh buat orang yang tidak tahu apa itu buah, tahu apa itu epal? Pasti akan wujud persoalan baru.
apa itu buah?
apakah sifat buah?
apa medium sesuai menerangkan tentang buah?
silat pun pakai buah, tapi boleh makan kah?
Jadi dengan apa kita menerangkan sifat buah yang didefinisikan oleh minda bawah sedar sebagai sesuatu yang boleh terus masuk mulut?
(assumption yang buah semua boleh dimakan mentah, tanpa ragu2)

Maksud Ilmu
Oxford Dictionary yang terkenal sendiri gagal memberi maksud yang menyeluruh tentang ilmu/ knowledge.
"kepakaran, kemahiran, yang diperolehi oleh individu melalui pengalaman dan pendidikan, sama ada secara teori atau praktical; Fakta dan maklumat; Kesedaran dan kebiasaan yang dibentuk oleh pengalaman akan situasi dan fakta.
Definisi membicarakan tentang sifat sesuatu subjek perbincangan. Kalau ini definisi yang terbaik yang boleh diberi, maka ia semata2 hanyalah suatu description (gambaran), lebih2 lagi dalam konteks di atas yang melibatkan terutamanya tentang fakta, teori, praktikal, kesedaran dan realiti.

Sifat Ilmu
Kebanyakkan disiplin ilmu menggunakan bahasa mati (dead language) sebagai asal usul kepada ayat knowledge itu sendiri. Bahasa Latin biasa menggunakan beberapa istilah seumpamanya;
Intellect-Understood, Intellectus-Comprehension/Mind, Ratio-Reason, Gnaritas-Knowledge
Bagaimana pula dengan Bahasa Arab? Mungkin dari bunyi yang terdekat, Arabic mungkin bahasa yang tepat membicarakan tentang sifat ilmu itu sendiri. Perkataan knowledge sendiri diambil dari al-ilm,(Malay-ilmu)
علم- Ilmu/Alam
علامة- Sign/Alamat


Maka dalam maksudnya sendiri menunjukkan ilmu itu ialah suatu alamat, petunjuk kepada
 siapa yang ingin mendalaminya. Maka, jika ilmu itu penyuluh hidup, maka ilmu itu adalah 
cahaya (ضوء) dan lawannya sudah
tentu gelap (ظلام) yang juga merupakan asal usul kepada perkataan zalim (ظلم) yang bermaksud 
injustice, bukan cruel. Maka salahguna ilmu atau tidak mempedulikan ilmu dikatakan sebagai 
ignorant (جاهل) dalam falsafah pemikiran Islam.


Teori
Dalam perbahasan ilmu, teori bukan suatu yang termaktub dalam sifat ilmu.
Contoh: merujuk kepada epal, 5 biji epal yang kita petik segar dari pokok, dengan umur, spesies dan warna yang sama, semuanya kita rasa dengan rasa yang manis, maka pemikiran kita membuat keputusan, epal merupakan buah yang manis. Maka terjadi kesimpulan ringkas tentang sifat atau maknanya sendiri; 
"epal merupakan suatu buahan-buahan yang manis"
 Sedangkan kemudian bagaimana pula kalau kita jumpa 10 biji epal lagi yang tidak menepati sifat kesimpulan yang sebelum ini, iaitu tidak manis tapi mempunyai kriteria yang sama? Maka pemerhatian itu tidak mutlak untuk memaktubkan epal adalah buah2an yang manis.

Sudah tentu ia bertentangan dengan prinsip Islam yang mengatakan ilmu itu adalah Truth(al-haqq). Teori bukanlah berdasarkan kepada kebenaran tetapi hanya pemerhatian semata2. Dan pemerhatian bersifat bias dan sukar untuk dijadikan neutral disebabkan wujudnya hipotesis dan inferens (kesimpulan dan pemerhatian awal/ first perception) yang biasanya untuk memuaskan jangkaan pengkaji yang sudah tentu mahukan keputusan yang menyebelahi mereka.

Husul dan Wusul
Syed Mohammed Naquib Al-Attas (ilmuwan tempatan yang sangat2 diiktiraf dalam bidang metafizik Islam), mendefinisikan ilmu kepada dua iaitu Husul dan Wusul.

Untuk memahami dua definisi ini, konsep pendidikan (education) perlu di fahami secara detail. Beliau mendefinisikan ilmu sebagai (maksudnya):
"Pendidikan merupakan sesuatu proses yang berterusan ditanamkan kepada manusia"
Definisi ini pula mencakupi 3 aspek penting iaitu:
1.Isi (sesuatu)
2.Proses (penanaman)
3.Penerima Pendidikan (manusia)

Manusia sebagai heyawan an-annawafil (makhluk yang berakal) mempunyai kapasiti/kemampuan memahami perbicaraan, bukan sahaja bersifat zahir dalam konsep ilmu atau penerimaan, tetapi juga kemampuan memfomulasi maksud dari subjek perbicaraan (ma'na). Maka dalam mendefinisi ilmu itu sendiri, pegangan kepada isi perbicaraan lebih kuat dari proses memahami pendekatan ilmu. Maka dapat disimpulkan dalam pemahaman ilmu, hafalan merupakan suatu proses dan pemahaman merupakan isi.

Konsep pemahaman lebih kuat mengatasi hafalan berikutan isi akan tertanam dan mencipta asas yang teguh dalam minda manusia berbanding hafalan. Sifat proses itu sendiri berbeza2 dan tidak berada selari antara satu sama lain. (lihat contoh setiap cara individu belajar, tetapi masing2 ingin mencapai objektif yang sama).

Oleh itu sebagai manusia, kita telah di anugerahkan kemampuan dalaman menghubungkan ma'na dan pengetahuan dalam istilah Islam difahami sebagai 'aql atau intellectus/comprehension.

Husul bermaksud tibanya sesuatu ma'na atau objek ilmu itu kepada jiwa pencari ilmu. Dalam definisi ini, ia memberatkan ilmu yang diturunkan Allah S.W.T kepada diri manusia itu sendiri. Dalam Islam, Ilmu ketuhanan banyak dikaitkan dengan Husul, antaranya Mukjizat (yang diberi kepada para RasulNya dan 'Ambia) dan Ilham, suatu gambaran dan petunjuk dalam apa jua bentuk kepada sesiapa yang dirasakanNya berhak, contohnya mimpi, gerakkan hati dan hidayah. Justeru, Ia juga dikelaskan kepada 2 jenis ilmu iaitu:
1.Ilm Ladduniyya (Rohaniah)
2.Ma'rifah (Gnosis)

Wusul bermaksud tibanya jiwa kepada sesuatu objek. Jiwa itu boleh difahami juga sebagai pemahaman ke atas sesuatu itu, tetapi maksudnya tidak merujuk kepada ma'na. Wusul dalam konteks yang lebih mudah merujuk kepada usaha2 manusia meneroka bidang2 ilmu yang baru dalam apa jua pemikiran dan peradaban. Maka, dalam penerokaan ilmu ini, ia dikelaskan sebagai ilmu yang tidak (terlalu) berkaitan dengan ketuhanan yang dipanggil Wisdom (Hiqmah).

Adab
Dalam konteks perbincangan Ilmu dalam Islam, penerokaan Ilmu dalam kalangan umat Islam sekarang sudah terbatas. Kehilangan adab dalam kehidupan umat Islam memainkan peranan yang signifikan dalam proses pengikisan ilmu.

Adab selalu di kaitan dengan cara atau kelakuan yang betul yang digalakkan dalam sebuah komuniti atau masyarakat (manners). Akan tetapi, makna bahasa adab itu sendiri ialah perkara yang betul. Dalam konteks ilmu, adalah penting untuk kita melakukan perkara yang betul dalam mencari, mengekstrak dan mengembangkan ilmu.

Kegelapan zaman sekarang sekaligus berkaitan dengan kehilangan adab dalam kehidupan seharian. Kehilangan ilmu juga menunjukkan masyarakat telah memasuki zaman gelap (zuluma) dan membawa kepada kezaliman kepada diri sendiri (zalimun).

Akhir Kata.
Kepentingan Ilmu dan mencarinya telah Islam letakkan di tahap yang tertinggi dimana dicatatkan dalam Quran, dalam surah Al-Alaq, telah mengiktiraf proses mencari ilmu dalam kalangan ummi (buta huruf) yang tegar dalam masyarakat Arab sebelum Islam, dan proses ini juga di iktiraf di sepanjang zaman.

Kemerosotan statistik membaca telah memberikan justifikasi, kurangnya minat manusia sekarang kepada membaca, khususnya bacaan pengisian ilmu dan rohani kerana kewujudan medium tempelan dan murahan.

Mungkinkah sejarah berulang kembali? Peningkatan masalah dalam umat Islam sudah tentu banyak berkaitan dengan kehilangan adab yang ketara. Moga melalui kesedaran pencarian Ilmu dan implimentasi/aplikasi ilmu yang berguna itu akan membawa semula umat Islam kepada jalan yang direstui.

Harapan untuk melihat perubahan sentiasa terbuka selagi masih wujudnya harapan kita kepada kebaikan dan kepercayaan kita kepada Ketuhanan.
"knowledge justified true belief" -Plato

1 comment:

  1. "Pendidikan merupakan sesuatu proses yang berterusan ditanamkan kepada manusia"

    emm...sampai tua kena blajar la ekk...kamu menyedarkanku ..haha...

    ReplyDelete