Semua orang mesti nak tido kalau die rase penat. Kekadang ade je yang degil kan. Walaupun penat, tapi tetap nak bace buku, nak ulang kaji, nak bace kes, nak present kat tempat keje, FOKUS2, sume takut xdapat jawab exam, xdpt nk perform terbaek punye kat tempat keje/kelas masing2 .
Cam aku sendiri, kekadang sambil wat2 keje, aku da tertido. Kekadang rase rugi, tapi nak wat camne kan.
Bile pikir2 sume, aku sedar, sebagai manusia ni, kita ade 2 nikmat yang saling bercanggah antara 1 sama lain..
Ia adalah TIDUR dan BELAJAR.
Belajar.
Pe yang best tentang belajar? Of coz bukan terhad maksud belajar itu dari segi formal, mungkin secara tidak langsung, mungkin bkn direct, tapi secara tidak sedar.
Cth: ade orang eksiden kat suatu jalan, kita baca kat paper, jalan yang sama da ragut 10 nyawa, so kita TAHU yang jalan tu merbahaya.
Mungkin kita belajar sedang kita baca blog orang len. Melalui pemerhatian kte ke atas pengalaman org lain, pendapat, kritikan, kita terus menerus blaja~
"Knowledge is not exhaustive"
Time kite tido je yang kita xblaja sebab time tu la minda kite sedang rehat. Selagi mata kte terbuka, selagi tu kita tak abeh2 blaja.
Dengan blaja kte menambah pengetahuan, kita jadi lebih alert dgn persekitaran, kita jadi lebih matang, kita mempersoalkan segalanye...ETC..ETC..
Inilah nikmat blaja, mcam2 kita dapat, seronok, suka, duka, sume menjadikan kita lebih kental dan tabah menghadapi hidup, malah kita lebih bersedia. Nikmat yang sukar dicari ganti. Malah wang Ringgit pun bukan ukuran bagi semua yang kita belajar sepanjang hidup kte.
Proses pembelajaran kita bermula dari kte 1st time bukak mata sampai kte tutup mata buat kali terakhir~tidak pernah berhenti.
Tapi pe yang tak best tentang blaja? Blaja tu memenatkan!
kita penat untuk blaja bende baru, kita sukar nak menerima sesuatu di luar kotak pemikiran kita...paling sukar bila kita nak terima kenyataan, ilmu tu bukan utk kita, xsesuai dengan pemikiran kita.
Cth: Islam di bombard dengan macam2 pertuduhan. mugkin ade yang marah, sedih. Xkurang gak yang hanya mahu menutup mata, tulikan telinga.
Kte penat untuk menghadapi sukarnye blaja, dalam kes ni, blaja secara formal. Sukar nak bace buku, dengan prinsipal2, kata2 kunci yang memeningkan, dengan bahasenye yang cam haram!(kalau buku bukan bahasa ibunda kita).
Solution, Tido! bek kita tido. Dengan tidor, kita lupakan kesukaran yang kita hadapi!
Tidur
Pe tu tido? tido adalah suatu tindakan kita di mana kita mula di buai mimpi...haha~
actually, tido adalah proses dimana kita merehatkan minda ke tahap yg paling rendah sehingge minda tidak lg menjalankan ape2 aktiviti melainkan hanya untuk berehat (idle).
Kalau ahli sains la ckp, otak kita macam Processor komputer, kalau sek guna pun, le jadi panas. Kalau terlalu berfikir, otak le pening dan migraine. Dan macam Processor, kalau overclock @ naik taraf lebih dari kemampuan, wire2 dalam silicon chip tu le terbakar. Bayangkan kalau circuit dalam otak kite lak terbakar, tak boleh jadi gila? Kalau istilah undang2 la, ia dipanggil:
"unsoundness of mind"
Kita ni sebaik2 kejadian, dalam byk2 makhluk Allah, hanya manusia je yang le jadi gila. Lembu gila? tu penyakit, lain cite. Lembu Menggila? tu sape soh provoke lembu tu ngah syok2 makan~haha
Maka, dengan tidor sahaja kita dapat menenangkan diri, melupakan sume perasaan yang bercampur baur dalam hati kita.
Susah nak tido? mungkin itulah penyakit gak sebenarnye. Slalunye susah nak tidor ni berkait gak dengan aktiviti harian seseorang tu. Kalu sek tido je siang tengahari petang malam, tak ke susah tido malamnye @ pun jadi la kutu malam2?
Itulah nikmat sebenarnye. Tapi, tidur yang terbaik tidak semestinye kena 8 jam. Catatan sirah ade menceritakan, Rasullullah hanya tidur sebentar sahaja dalam 1 malam. 1/3 malam pertama baginda guna untuk solat maghrib, 1/3 kedua untuk tidur, dan yang selebihnya untuk ibadah malam. Maka, baginda berbuat camtu, sebagai contoh kepada sekalian umat, bukan ke itu da menunjukkan tidur sekejap itu sdh mencukupi?
Salah sorang yang mencontohi ape yang Rasullullah buat adalah Thomas Alva Edison. Setiap malam, die hanye tidur 4-5 jam sahaja dan bangun tiap2 pagi untuk mereka/create sesuatu yang baru. Selain mencipta elektrik dan orang pertama yang mereka grid elektrik di Amerika, di jugak adalah inventor yang telah mengeluarkan hampir 300 jenis barangan yang di patenkan. Huh..dasat..Orang bukan Islam da buktikan betapa dasatnya fungsi tidur jika digunakan sebaik2nya.
Akhir kata
inilah nikmat, dimana semasa kita sedar, kita belajar untuk hidup dan masa depan. Dan bila kita tidur, kita membaiki diri kita dan me'refresh' segala data2 yg ade dalam kotak pikiran kita.
Tidur dan Belajar perlu kita seimbangkan.
Tidur lebih boleh bebal
Blajar banyak boleh bingai.
Pandai2 la kita bahagikan..
If you experience, you learn
If you learn, you grow
If you grow, you wish
If you wish, you find
If you find, you doubt
If you doubt, you question
If you question, you understand
If you understand, you know
If you know, you want to know more
And if you want to know more,
You are alive
-National Geographic Live Curious-