"as a student, you are expected to answer in such manner that reflect your understanding on law, not a mere statement of unreasonable person on the street or a laymen"Profession guaman atau keadilan memerlukan kami sbg pelajar utk lebih mendalami istilah yang di gunakan dalam masalah2 atau kes perundangan, tidak kiralah ia merupakan prinsipal2 yang di gunakan untuk menerangkan tentang situasi guaman, malah, dalam membentuk penerangan dan alasan dalam mana2 persoalan undang2...
...Nape la skema sgt??
Mungkin, untuk memastikan karier/kerjaya ini lebih berbeza dari yang karier lain..
Kenapa keskemaan ini hnya ada dalam criminal law/jenayah?kenapa tidak pada subject lain yang hanya memerlukan kami memahami fakta dan keputusan penghakiman berbanding jenayah yang memerlukan kami mengeluarkan segala prinsipal berkaitan?ini sungguh sukar......
Bukan Mudah Untuk Memahami Sebab Penghakiman.....Ratio Decidendi.....
Dari segi positif dan rasional, mungkin Criminal Law in Malaysia and Singapore, by Koh, Clarkson, Morgan, telah membentangkan kepentingan memahami sebab penghakiman berbanding pemahaman fakta dan teks.Antaranya:-
- Jenayah memerlukan keadilan dan pembelaan yang telus. Maka jenayah tersebut perlulah dibuktikan melalui alasan2 yang munasabah untuk mematikan sebarang keraguan munasabah terhadap fakta dan undang2 dalam sesuatu kes yang boleh menyebabkan percanggahan dan perdebatan yang berterusan dan mengurangkan khilaf yang mungkin dilakukan oleh hakim-hakim mahkamah tinggi khususnya yang mana keputusan mereka akan di gunakan oleh hakim dalam mahkamah2 bawahan berdasarkan doktrin duluan kehakiman.
- Jenayah melibatkan nyawa seseorang. Berbanding undang2 lain, Hukuman dalam kes jenayah lebih berat berbanding hukuman lain.. walau bagaimanapun, ia tertakluk pada klasifikasi jenayah sama ada bersifat malum in se atau mala prohibita.
- Jenayah melibatkan reputasi dan nama yang kita galas sepanjang hayat. Majoriti polisi syarikat nasional mahupun multi-nasional, termasuklah kerajaan memerlukan pekerja mereka bebas dari jenayah. Ini biasanya dapat dilihat dalam mana2 surat permohonan pekerjaan dan resume, dimana maklumat ini adalah sangat penting untuk di dedahkan oleh pemohon dalam dokumen-dokumen tersebut. Di samping itu, institusi kewangan/perbankan juga begitu rigid dalam memastikan status bakal pemohon pinjaman bebas dari sebarang tuduhan2 jenayah atau salahlaku, demi keselamatan dan jaminan akan pelaburan mereka.
Kita belum sedar lagi betapa seriusnya hukuman jenayah dan langkah2 membukti yang perlu kita ambil...
sekurang2nya sekarang kita tahu, hukuman ini bukan saja bersifat menghukum, malah pelaksanaannya pun melibatkan pencegahan di pihak pembela dan pendakwaraya termasuklah hakim, ditegah dari cuai membuat keputusan yang akibatnya,boleh merosakkan hidup orang kena tuduh, walhal, hakikatnya dia tidak bersalah!
Dari sudut pandangan syara' pula, hukum Hudud merupakan hukuman yang paling keras darjahnya berbanding hukuman qisas dan ta'zir. Elemen syubhah(keraguan) yang wujud dalam proses pembuktian boleh menbatalkan proses hukuman Hudud. Ini dapat dibuktikan dalam hadith Rasullullah dimana,"hudud perlu di ketepikan bila wujud keraguan"..
Apa itu KERAGUAN? keraguan melibatkan ketidakpastian dalam fakta, dimana wujud jurang dalam mana-mana fakta penting untuk membuktikan kesalahan yang tertuduh atas kesalahan yang dibacakan...
Bila wujudnya lompang dalam fakta, maka sukar untuk membuktikan tertuduh telah melakukan kesalahan sebagaimana pertuduhan yang telah dibacakan.
Lacuna pula merupakan lompang atau jurang dalam sesebuah undang-undang dimana peruntukan undang2 tersebut menyepi dan tidak membekalkan apa-apa kuasa dalam undang-undang untuk melabelkan pesalah sebagai bersalah. ia sukar dibuktikan dan ini adalah tugas hakim untuk memberi penerangan yang saksama sama ada untuk menyebelahi pesalah atau pendakwaraya. Jadi, jika wujudnya lompangan2 ini dalam fakta,tak mustahil juga perkara yang sama terjadi dalam undang2...
Jurang ini pada pandangan saya adalah 'rahmat' atau keburukan dalam undang2 ciptaan manusia yang mampu menyebabkan manusia hilang kesedaran akan batas2 kuasa yang di peruntukan. Hakim2 ini menggunakan ia sebagai alasan mereka membuat keputusan, bukan sebagai manusia rasional, tetapi hanya sebagai makhluk yang bertakhtakan nafsu...
Maka,
Bukan mudah sebenarnya nak buktikan apa2 dalam kes jenayah....
mcm2..public interest kena ambil kira, kesan pada masyarakat 1 hal, keadilan 1 hal..
mungkin kita generasi ambil mudah...
takut utk aku menerima kalau itu hakikatnya, abeh la sistem penghakiman negara...
Bad become More Worse and The Worst!
marilah kita sedar2kan diri kita...pe yang kita hadapi ini bukan mudah......
biarpun susah,
biarpun pening...
jom kita sama2 tidak mengalah!
moga kami terus positif....
moga kami terus kental....
moga kami terus berusaha..
moga kami tidak sesekali patah semangat...
"Alah Bisa, Tegal Biasa; Jangan Bila Tidak Tahu Menari, Dikata Lantai Berjongkang-Jongket" -people of the blog
No comments:
Post a Comment