~Heart Attack~ |
Syukur kehadrat Ilahi, kita, khususnya dilahirkan di negara yang boleh kira begitu berkebajikan. Salah satu contohnya, kemudahan perkhidmatan perubatan yang rendah kosnya kepada rakyat jelata. Inilah Malaysia, tanah airku yang banyak boleh aku banggakan dari segi kebajikan.
Iklan2 di TV, radio, majalah, akhbar semakin rancak, berlumba2 ingin menyedarkan betapa drastiknya peningkatan statistik pesakit penyakit "hardcore" atau "3 beradik" iaitu, darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis dalam kalangan rakyat Malaysia.
Iklan Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyiarkan bahawa 1 orang dari setiap 4 rakyat malaysia menghidapi Obesiti Morbid(kegemukkan melampau), over the scale! Morbid Obese dalam kiraan BMI (Body Mass Index) ialah dalam julat 35-40. Memang terlampau berat..
Kita semua sedia maklum bahawa semua penyakit adik beradik ni semua berkaitan antara 1 sama lain. Contohnya:
Kita tak exercise/bersenam, badan kita simpan lemak, lemak yang tebal di pankreas mengurangkan kecekapan organ tersebut merembes Insulin, Insulin penting untuk mengawal paras gula dalam darah, bila tak terkawal, maka VIOLA~Diabetis.
Lagi Contoh:
Bila kena Diabetis, pesakit diabetis tidak digalak langsung untuk minum banyak air, bila pemakanan tak dijaga, kita pasti akan ambil banyak garam, garam memberi tekanan kepada dinding2 sel darah, akibat kurang air, garam memekatkan darah, akhirnye terjadilah Blood Clot (darah beku), dan kalau tersekat kat jantung, jadi Penyakit Jantung dan kalau tersekat di otak jadilah Strok!
Contoh Bersambung:
Bila pembuluh darah tersekat, pasti lebih teruk bila darah terpaksa ditekan untuk melalui bukaan yang sempit, pasti jantung terpaksa buat kerja extra dan guna lebih banyak tenaga untuk mengepam darah. Tekanan yang kuat menyebabkan terjadilah Darah Tinggi.
Untuk makluman, tekanan normal bagi darah ialah 120/80Hgmm. Kalau lebih, berhati2lah wahai sahabat...
Walau bagaimanapun, contoh penyakit ini tidak terhad kepada contoh2 di atas, tapi meliputi sakit yang berpunca dari kecuaian manusia seperti Kanser Paru2 akibat merokok dan sebagainya
ini adalah sebahagian dari contohnye sahaja wahai saudara. Adakah ia cukup menakutkan? Pastinya tidak..
Bagaimana Kalau Sakit Itu Satu Kesalahan Yang Memperuntukkan Hukuman Denda, Penjara Dan Mungkin Juga Ke Tali Gantung?
Mari kita bongkar kerelevanan dan apa yang terjadi kalau ia berlaku:
~Debat Parlimen~ |
Prosedur biasa penggubalan dan penciptaan sesuatu peruntukkan perundangan mungkin mengambil beberapa bulan malah tahun di Malaysia. Perdebatan hangat pastinya akan berlaku di parlimen, mahu di peringkat Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara.
Doktor2 Perubatan pasti merupakan kumpulan pertama yang bersetuju dalam pembentukan akta baru ini. Mana taknya, kerja pastikan mudah di hospital nanti, kurang orang sakit, kuranglah kertas kerja yang nak di siapkan.
Menteri-Menteri dan ahli koperat? pastinya sukar bagi mereka. Menteri2 semua sibuk bekerja bagi memastikan "kesejahteraan rakyat". Ahli koperat pula tak habis2 nak bekerja bagi memajukan syarikat. Hakikatnya kurang masa nak bersenam dan pastinya kurang lemak yang perlu dibakarkan.
Sekarang, wujud pula persoalan, perlukan wujudnya golongan2 yang perlu di kecualikan? Serba maklum dimana2..LAW IN FAVOR OF THE WEALTHY.
2. Pasca Perlaksanaan Undang-Undang
Setelah undang2 itu diluluskan, nama telah diberikan, maka perlu ditetapkan bila tarikh ia akan berkuatkuasa. Katakan akta tersebut telah diluluskan pada 9/11/2010. Tarikh ia mula berkuatkuasa bukan pada tarikh ia diluluskan, tapi bila akta itu sendiri telah catatkan bila. Jika tarikh ia berkuatkuasa (d.i.f) ialah bulan seterusnya, 26/12/2010, sesiapa yang di dapati sakit pada tarikh dan selepas tarikh tersebut, pasti ramai yang kena hukum! Maka malanglah pada mereka sebelum ini tidak mengambil kisah akan kesihatan mereka sebelum ini.
Penyakit ini ibarat bom jangka yang berdetik, ia bermula sahaja bila wujud tanda2 kita mengurangkan aktiviti sihat dalam tubuh kita. Pastikan tak bertuah kepada sesiapa yang tetiba sakit pada d.i.f tersebut.
Walaupun kerja doktor mungkin akan berkurang, tapi kerja majistret pastikan bertambah. Kerajaan pastikan merekrut lebih banyak hakim, majistrate disebabkan kesalahan ini. Firma guaman pastinya menerima keuntungan dari situasi ini. Bila banyak kes, pastinya banyak upah. Peluang pekerjaan sudah pasti meningkat dalam sektor guaman dan kerajaan kesan dari pelaksanaan undang2 yang ketat ini. Keadaan seperti menangguk di air keruh. orang lain yang sakit, orang lain dapat duit.
3. Peningkatan Taraf Infrastuktur Awam
Taman rekreasi begitu sinonim dengan dengan gaya hidup sihat kerana ini saja tempat yang menawarkan persekitaran kondusif untuk menjalani aktiviti2 sihat. Bagaimanapun, kos pengendalian dan penggunaan taman tersebut bukan murah dan percuma, sebaliknya ia dari cukai2 yang kita bayar kepada kerajaan tempatan khususnya cukai pintu dan cukai tanah. Tidak salah kiranya dalam memastikan rakyat Malaysia kekal sihat sentiasa, mesej perlu di sampaikan akan betapa ruginya rakyat jika mereka tidak menggunakan dan mengabaikan taman rekreasi yang mereka biayai dari wang poket mereka sendiri.
Di Kuala Lumpur saja ada lebih kurang 5 taman rekreasi, antaranya Taman Tasik Metropolitan Kepong, Taman Tasik Ampang Hilir, Taman Tasik Taman Maluri Damansara, dan yang paling popular, Taman Tasik Titiwangsa di Jalan Pahang sana. Masalah yang sama tiap2 hujung minggu ialah pengunjung sukar memperolehi parking. Dari keluasan 46.15 ekar T.T.Titiwangsa, hanya 10% yang diperuntukkan untuk tempat letak kereta dan motosikal. Maka, sukarlah mencari tempat yang sah untuk parking, dan kalau tersalah tempat, boleh juga di kompaun dengan hebatnya oleh penguatkuasa tempatan.
Maka, kerajaan perlu mengambil kira permasalahan ini, khususnya kerajaan tempatan. Apa yang perlu dibesarkan, besarkan, asalkan ia tidak mengaut lebih banyak duit rakyat.
4. Perindustrian dan Perdagangan
Ekonomi dan perdagangan melibatkan polisi yang di junjung oleh sesebuah kerajaan. Sejarah menunjukkan ekonomi persaingan bebas lebih berjaya memikat lebih banyak pelabur dan duit mereka berbanding pasaran 100% kerajaan yang di utamakan dalam negara2 komunis pada era 60an. Setelah hampir 5 dekad berkonfrontasi dengan negara2 pasaran bebas Amerika dan sekutunya, akibat tekanan salah satunya ekonomi, Kesatuan Soviet pun di bubarkan pada lewat 80an.
Kesan dari polisi kerajaan Malaysia menjadikan sakit itu suatu kesalahan boleh dilihat apabila wujudnya permintaan yang menggunung terhadap produk2 kesihatan, baik bantuan senaman mahupun ubat-ubatan.
Dari sini, kerajaan memperoleh lebih banyak hasil dari pencukaian, dalam bentuk duti import, cukai perlabuhan, lapangan terbang dan pelbagai2 cukai lain yang tidak popular pada pedagang.
Wujud lebih banyak jenama2 kesihatan lain, yang pasti tidak akan terhad kepada Osim, Ogawa dan lain2. Secara positif, persaingan antara jenama besar seperti ini dapat mengurangkan dan menstabilkan harga barangan2 yang di tawarkan dalam pasaran. Tidak wujud pasaran monopoli atau oligopoli, tetapi monopolistik yang dari teori pasaran ekonomi, harga di tentukan oleh pengguna~more or less...
Tidak lupa juga pada pasaran makanan ringan, kita akan dapat meramal kemerosotan dalam jualan makanan yang tidak sihat ini akibat polisi 'semua sihat' kerajaan. Snek2 dan jualan makanan di restoran segera pasti akan menerima akibatnya. Sungguhpun peningkatan dalam peluang pekerjaan di sektor profesional, permintaan buruh2 dalam sektor perkhidmatan makanan akan menurun. Jika dalam 1 jangka masayang panjang, kita akan melihat pembuangan pekerja dalam sektor tersebut akibat polisi tegas kerajaan.
4. Polisi Kerajaan Dan Rakyat
Isu paling penting pada rakyat yang paling malas nak bersenam ialah "Siapa yang buat undang2 bodoh ni??". Disebabkan kuasa rakyat dalam memilih kerajaan, sudah pasti dengan mudah kerajaan di singkirkan dalam PRU akan datang.
Sudah pasti, kerajaan tidak mampu membuat apa-apa undang2 kurang popular pada rakyat yang begitu di manjakan dengan macam subsidi dan kemudahan. Akibatnya, pembangkanglah yang akan berkuasa di penggal depan.
Akibat dari hukuman pelik ini, pasti harga makanan murah dan mahal dalam 2 keadaan:
- Murah. Apabila rakyat nak sihat, kurang beli makanan. Maka jualan yang kurang menyebabkan penjual terpaksa menawarkan harga yang lebih murah untuk memperoleh semula modal.
- Mahal. Berkaitan dengan polisi kerajaan, bukan rakyat. Harga makanan akan menjadi mahal apabila kerajaan berniat mengurangkan penggunaan melalui penetapan harga siling yang tinggi pada barangan terkawal seperti bawang, ayam, ikan kembung etc.
Akhir Kata...
Apa kan tejadi kalau kerajaan begitu kejam seperti ini?
kita takkan tahu apa yang berlaku di masa depan kerana tiada siapa mampu menjangkanya.
Tapi langkah kerajaan ingin memberi kesedaran akan bahaya penyakit tersebut perlulah disokong.
Kita mungkin tidak mahu apabila tindakan keras di ambil, barulah kita cepat2 ingin menghindar.
Ini bukan terhad kepada kesihatan sahaja, malah kepada penyakit Iman..
Aku melihat ramai ahli keluargaku di ragut nyawanya kerana kehidupan yang tidak sihat.
Ini memberi kekuatan dan kesedaran pada akuuntuk sentiasa beringat.
Moga anda juga akan terfikir untuk jadi lebih sihat selepas ini..
Insyaallah~~!
(Inspired by healthy message from Kementerian Kesihatan Malaysia)
"Jangan kalau sudah terhantuk, baru nak terngadah" -people of the blog
No comments:
Post a Comment