Wednesday, December 29, 2010

Bangau oh Bangau: Disebalik Keindahan Perlian

bangau oh bangau
kenapa engkau kurus
macam mana aku tak kurus
ikan tak timbul-timbul

ikan oh ikan
kenapa kau tak timbul
macam mana aku nak timbul
rumput panjang sangat

rumput oh rumpat
kenapa engkau panjang
macam mana aku tak panjang
kerbau tak makan aku

kerbau oh kerbau
kenapa kau tak makan rumput
macam mana aku nak makan
perut aku sakit

perut oh perut
kenapa engkau sakit
macam mana aku tak sakit
makan nasi mentah

nasi oh nasi
kenapa engkau mentah
macam mana aku tak mentah
kayu api basah

kayu oh kayu
kenapa engkau basah
macam mana aku tak basah
hujan sudah turun

hujan oh hujan
kenapa engkau turun
macam mana aku nak turun
katak panggil aku

katak oh katak
kenapa panggil hujan
macam mana aku tak panggil
ular nak makan aku

ular oh ular
kenapa nak makan katak
macam mana aku tak makan
memang makanan aku~~

Orang Melayu sebenarnya ialah sebuah bangsa yang kreatif sehinggakan nk kutuk sikap orang pun nak wat dalam bentuk lagu. Lagu bukan sebarang lagu, tapi lagu kanak2 pulak 2! Nak ingatkan betapa sikap suka menyalahkan orang len bukan sikap yang baik.

Suka menyalahkan orang lain tak lari maksudnya dari sikap egoistik yang tertanam dalam manusia itu sendiri.
Namun, sikap camni tiada dalam haiwan, hanya 'hayawan an-nafs' (makhluk cerdik) seperti kita yang mempunyai nilai2 buruk seperti ini.

Haha~kritikalnya orang melayu dalam menggambarkan sikap individu2 yang tak pernah nak mengaku salah.
Malah nak menyalahkan orang lain~

Tetapi Sedang Kita Salahkan Orang Lain,
BETULKAH KITA?
"mendongak ludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri" - people of the blog

Saturday, December 25, 2010

Kalaulah Sakit Itu Suatu Kesalahan.

~Heart Attack~

Syukur kehadrat Ilahi, kita, khususnya dilahirkan di negara yang boleh kira begitu berkebajikan. Salah satu contohnya, kemudahan perkhidmatan perubatan yang rendah kosnya kepada rakyat jelata. Inilah Malaysia, tanah airku yang banyak boleh aku banggakan dari segi kebajikan.

Iklan2 di TV, radio, majalah, akhbar semakin rancak, berlumba2 ingin menyedarkan betapa drastiknya peningkatan statistik pesakit penyakit "hardcore" atau "3 beradik" iaitu, darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis dalam kalangan rakyat Malaysia.

Iklan Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyiarkan bahawa 1 orang dari setiap 4 rakyat malaysia menghidapi Obesiti Morbid(kegemukkan melampau), over the scale! Morbid Obese dalam kiraan BMI (Body Mass Index) ialah dalam julat 35-40. Memang terlampau berat..

Kita semua sedia maklum bahawa semua penyakit adik beradik ni semua berkaitan antara 1 sama lain. Contohnya: 
Kita tak exercise/bersenam, badan kita simpan lemak, lemak yang tebal di pankreas mengurangkan kecekapan organ tersebut merembes Insulin, Insulin penting untuk mengawal paras gula dalam darah, bila tak terkawal, maka VIOLA~Diabetis.
Lagi Contoh:
Bila kena Diabetis, pesakit diabetis tidak digalak langsung untuk minum banyak air, bila pemakanan tak dijaga, kita pasti akan ambil banyak garam, garam memberi tekanan kepada dinding2 sel darah, akibat kurang air, garam memekatkan darah, akhirnye terjadilah Blood Clot (darah beku), dan kalau tersekat kat jantung, jadi Penyakit Jantung dan kalau tersekat di otak jadilah Strok!
Contoh Bersambung:
Bila pembuluh darah tersekat, pasti lebih teruk bila darah terpaksa ditekan untuk melalui bukaan yang sempit, pasti jantung terpaksa buat kerja extra dan guna lebih banyak tenaga untuk mengepam darah. Tekanan yang kuat menyebabkan terjadilah Darah Tinggi. 
Untuk makluman, tekanan normal bagi darah ialah 120/80Hgmm. Kalau lebih, berhati2lah wahai sahabat...

Walau bagaimanapun, contoh penyakit ini tidak terhad kepada contoh2 di atas, tapi meliputi sakit yang berpunca dari kecuaian manusia seperti Kanser Paru2 akibat merokok dan sebagainya

ini adalah sebahagian dari contohnye sahaja wahai saudara. Adakah ia cukup menakutkan? Pastinya tidak..

Bagaimana Kalau Sakit Itu Satu Kesalahan Yang Memperuntukkan Hukuman Denda, Penjara Dan Mungkin Juga Ke Tali Gantung?
Mari kita bongkar kerelevanan dan apa yang terjadi kalau ia berlaku:
~Debat Parlimen~
1. Pra Pelaksanaan Undang-Undang
Prosedur biasa penggubalan dan penciptaan sesuatu peruntukkan perundangan mungkin mengambil beberapa bulan malah tahun di Malaysia. Perdebatan hangat pastinya akan berlaku di parlimen, mahu di peringkat Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara.

Doktor2 Perubatan pasti merupakan kumpulan pertama yang bersetuju dalam pembentukan akta baru ini. Mana taknya, kerja pastikan mudah di hospital nanti, kurang orang sakit, kuranglah kertas kerja yang nak di siapkan.

Menteri-Menteri dan ahli koperat? pastinya sukar bagi mereka. Menteri2 semua sibuk bekerja bagi memastikan "kesejahteraan rakyat". Ahli koperat pula tak habis2 nak bekerja bagi memajukan syarikat. Hakikatnya kurang masa nak bersenam dan pastinya kurang lemak yang perlu dibakarkan.

Sekarang, wujud pula persoalan, perlukan wujudnya golongan2 yang perlu di kecualikan? Serba maklum dimana2..LAW IN FAVOR OF THE WEALTHY.

2. Pasca Perlaksanaan Undang-Undang
Setelah undang2 itu diluluskan, nama telah diberikan, maka perlu ditetapkan bila tarikh ia akan berkuatkuasa. Katakan akta tersebut telah diluluskan pada 9/11/2010. Tarikh ia mula berkuatkuasa bukan pada tarikh ia diluluskan, tapi bila akta itu sendiri telah catatkan bila. Jika tarikh ia berkuatkuasa (d.i.f) ialah bulan seterusnya, 26/12/2010, sesiapa yang di dapati sakit pada tarikh dan selepas tarikh tersebut, pasti ramai yang kena hukum! Maka malanglah pada mereka sebelum ini tidak mengambil kisah akan kesihatan mereka sebelum ini.

Penyakit ini ibarat bom jangka yang berdetik, ia bermula sahaja bila wujud tanda2 kita mengurangkan aktiviti sihat dalam tubuh kita. Pastikan tak bertuah kepada sesiapa yang tetiba sakit pada d.i.f tersebut.

Walaupun kerja doktor mungkin akan berkurang, tapi kerja majistret pastikan bertambah. Kerajaan pastikan merekrut lebih banyak hakim, majistrate disebabkan kesalahan ini. Firma guaman pastinya menerima keuntungan dari situasi ini. Bila banyak kes, pastinya banyak upah. Peluang pekerjaan sudah pasti meningkat dalam sektor guaman dan kerajaan kesan dari pelaksanaan undang2 yang ketat ini. Keadaan seperti menangguk di air keruh. orang lain yang sakit, orang lain dapat duit.

3. Peningkatan Taraf Infrastuktur Awam
Taman rekreasi begitu sinonim dengan dengan gaya hidup sihat kerana ini saja tempat yang menawarkan persekitaran kondusif untuk menjalani aktiviti2 sihat. Bagaimanapun, kos pengendalian dan penggunaan taman tersebut bukan murah dan percuma, sebaliknya ia dari cukai2 yang kita bayar kepada kerajaan tempatan khususnya cukai pintu dan cukai tanah. Tidak salah kiranya dalam memastikan rakyat Malaysia kekal sihat sentiasa, mesej perlu di sampaikan akan betapa ruginya rakyat jika mereka tidak menggunakan dan mengabaikan taman rekreasi yang mereka biayai dari wang poket mereka sendiri.

Di Kuala Lumpur saja ada lebih kurang 5 taman rekreasi, antaranya Taman Tasik Metropolitan Kepong, Taman Tasik Ampang Hilir, Taman Tasik Taman Maluri Damansara, dan yang paling popular, Taman Tasik Titiwangsa di Jalan Pahang sana. Masalah yang sama tiap2 hujung minggu ialah pengunjung sukar memperolehi parking. Dari keluasan 46.15 ekar T.T.Titiwangsa, hanya 10% yang diperuntukkan untuk tempat letak kereta dan motosikal. Maka, sukarlah mencari tempat yang sah untuk parking, dan kalau tersalah tempat, boleh juga di kompaun dengan hebatnya oleh penguatkuasa tempatan.

Maka, kerajaan perlu mengambil kira permasalahan ini, khususnya kerajaan tempatan. Apa yang perlu dibesarkan, besarkan, asalkan ia tidak mengaut lebih banyak duit rakyat.

4. Perindustrian dan Perdagangan
Ekonomi dan perdagangan melibatkan polisi yang di junjung oleh sesebuah kerajaan. Sejarah menunjukkan ekonomi persaingan bebas lebih berjaya memikat lebih banyak pelabur dan duit mereka berbanding pasaran 100% kerajaan yang di utamakan dalam negara2 komunis pada era 60an. Setelah hampir 5 dekad berkonfrontasi dengan negara2 pasaran bebas Amerika dan sekutunya, akibat tekanan salah satunya ekonomi, Kesatuan Soviet pun di bubarkan pada lewat 80an.

Kesan dari polisi kerajaan Malaysia menjadikan sakit itu suatu kesalahan boleh dilihat apabila wujudnya permintaan yang menggunung terhadap produk2 kesihatan, baik bantuan senaman mahupun ubat-ubatan.
Dari sini, kerajaan memperoleh lebih banyak hasil dari pencukaian, dalam bentuk duti import, cukai perlabuhan, lapangan terbang dan pelbagai2 cukai lain yang tidak popular pada pedagang.

Wujud lebih banyak jenama2 kesihatan lain, yang pasti tidak akan terhad kepada Osim, Ogawa dan lain2. Secara positif, persaingan antara jenama besar seperti ini dapat mengurangkan dan menstabilkan harga barangan2 yang di tawarkan dalam pasaran. Tidak wujud pasaran monopoli atau oligopoli, tetapi monopolistik yang dari teori pasaran ekonomi, harga di tentukan oleh pengguna~more or less...


Tidak lupa juga pada pasaran makanan ringan, kita akan dapat meramal kemerosotan dalam jualan makanan yang tidak sihat ini akibat polisi 'semua sihat' kerajaan. Snek2 dan jualan makanan di restoran segera pasti akan menerima akibatnya. Sungguhpun peningkatan dalam peluang pekerjaan di sektor profesional, permintaan buruh2 dalam sektor perkhidmatan makanan akan menurun. Jika dalam 1 jangka masayang panjang, kita akan melihat pembuangan pekerja dalam sektor tersebut akibat polisi tegas kerajaan.

4. Polisi Kerajaan Dan Rakyat
Isu paling penting pada rakyat yang paling malas nak bersenam ialah "Siapa yang buat undang2 bodoh ni??". Disebabkan kuasa rakyat dalam memilih kerajaan, sudah pasti dengan mudah kerajaan di singkirkan dalam PRU akan datang.

Sudah pasti, kerajaan tidak mampu membuat apa-apa undang2 kurang popular pada rakyat yang begitu di manjakan dengan macam subsidi dan kemudahan. Akibatnya, pembangkanglah yang akan berkuasa di penggal depan.

Akibat dari hukuman pelik ini, pasti harga makanan murah dan mahal dalam 2 keadaan:

  1. Murah. Apabila rakyat nak sihat, kurang beli makanan. Maka jualan yang kurang menyebabkan penjual terpaksa menawarkan harga yang lebih murah untuk memperoleh semula modal.
  2. Mahal. Berkaitan dengan polisi kerajaan, bukan rakyat. Harga makanan akan menjadi mahal apabila kerajaan berniat mengurangkan penggunaan melalui penetapan harga siling yang tinggi pada barangan terkawal seperti bawang, ayam, ikan kembung etc.
Akhir Kata...
Apa kan tejadi kalau kerajaan begitu kejam seperti ini?
kita takkan tahu apa yang berlaku di masa depan kerana tiada siapa mampu menjangkanya.
Tapi langkah kerajaan ingin memberi kesedaran akan bahaya penyakit tersebut perlulah disokong.
Kita mungkin tidak mahu apabila tindakan keras di ambil, barulah kita cepat2 ingin menghindar.
Ini bukan terhad kepada kesihatan sahaja, malah kepada penyakit Iman..

Aku melihat ramai ahli keluargaku di ragut nyawanya kerana kehidupan yang tidak sihat.
Ini memberi kekuatan dan kesedaran pada akuuntuk sentiasa beringat.
Moga anda juga akan terfikir untuk jadi lebih sihat selepas ini..
Insyaallah~~!

(Inspired by healthy message from Kementerian Kesihatan Malaysia)
"Jangan kalau sudah terhantuk, baru nak terngadah" -people of the blog

Tuesday, December 21, 2010

Ratio Decidendi: In my point of view..


"as a student, you are expected to answer in such manner that reflect your understanding on law, not a mere statement of unreasonable person on the street or a laymen"
Profession guaman atau keadilan memerlukan kami sbg pelajar utk lebih mendalami istilah yang di gunakan dalam masalah2 atau kes perundangan, tidak kiralah ia merupakan prinsipal2 yang di gunakan untuk menerangkan tentang situasi guaman, malah, dalam membentuk penerangan dan alasan dalam mana2 persoalan undang2...

...Nape la skema sgt??

 Mungkin, untuk memastikan karier/kerjaya ini lebih berbeza dari yang karier lain..

Kenapa keskemaan ini hnya ada dalam criminal law/jenayah?kenapa tidak pada subject lain yang hanya memerlukan kami memahami fakta dan keputusan penghakiman berbanding jenayah yang memerlukan kami mengeluarkan segala prinsipal berkaitan?ini sungguh sukar......

Bukan Mudah Untuk Memahami Sebab Penghakiman.....Ratio Decidendi.....

Dari segi positif dan rasional, mungkin Criminal Law in Malaysia and Singapore, by Koh, Clarkson, Morgan, telah membentangkan kepentingan memahami sebab penghakiman berbanding pemahaman fakta dan teks.Antaranya:-

  1. Jenayah memerlukan keadilan dan pembelaan yang telus. Maka jenayah tersebut perlulah dibuktikan melalui alasan2 yang munasabah untuk mematikan sebarang keraguan munasabah terhadap fakta dan undang2 dalam sesuatu kes yang boleh menyebabkan percanggahan dan perdebatan yang berterusan dan mengurangkan khilaf yang mungkin dilakukan oleh hakim-hakim mahkamah tinggi khususnya yang mana keputusan mereka akan di gunakan oleh hakim dalam mahkamah2 bawahan berdasarkan doktrin duluan kehakiman.
  2. Jenayah melibatkan nyawa seseorang. Berbanding undang2 lain, Hukuman dalam kes jenayah lebih berat berbanding hukuman lain.. walau bagaimanapun, ia tertakluk pada klasifikasi jenayah sama ada bersifat malum in se atau mala prohibita.
  3. Jenayah melibatkan reputasi dan nama yang kita galas sepanjang hayat. Majoriti polisi syarikat nasional mahupun multi-nasional, termasuklah kerajaan memerlukan pekerja mereka bebas dari jenayah. Ini biasanya dapat dilihat dalam mana2 surat permohonan pekerjaan dan resume, dimana maklumat ini adalah sangat penting untuk di dedahkan oleh pemohon dalam dokumen-dokumen tersebut. Di samping itu, institusi kewangan/perbankan juga begitu rigid dalam memastikan status bakal pemohon pinjaman bebas dari sebarang tuduhan2 jenayah atau salahlaku, demi keselamatan dan jaminan akan pelaburan mereka.
nampaknya...
Kita belum sedar lagi betapa seriusnya hukuman jenayah dan langkah2 membukti yang perlu kita ambil...
sekurang2nya sekarang kita tahu, hukuman ini bukan saja bersifat menghukum, malah pelaksanaannya pun melibatkan pencegahan di pihak pembela dan pendakwaraya termasuklah hakim, ditegah dari cuai membuat keputusan yang akibatnya,boleh merosakkan hidup orang kena tuduh, walhal, hakikatnya dia tidak bersalah!

Dari sudut pandangan syara' pula, hukum Hudud merupakan hukuman yang paling keras darjahnya berbanding hukuman qisas dan ta'zir. Elemen syubhah(keraguan) yang wujud dalam proses pembuktian boleh menbatalkan proses hukuman Hudud. Ini dapat dibuktikan dalam hadith Rasullullah dimana,"hudud perlu di ketepikan bila wujud keraguan"..

Apa itu KERAGUAN? keraguan melibatkan ketidakpastian dalam fakta, dimana wujud jurang dalam mana-mana fakta penting untuk membuktikan kesalahan yang tertuduh atas kesalahan yang dibacakan...
Bila wujudnya lompang dalam fakta, maka sukar untuk membuktikan tertuduh telah melakukan kesalahan sebagaimana pertuduhan yang telah dibacakan.

Lacuna pula merupakan lompang atau jurang dalam sesebuah undang-undang dimana peruntukan undang2 tersebut menyepi dan tidak membekalkan apa-apa kuasa dalam undang-undang untuk melabelkan pesalah sebagai bersalah. ia sukar dibuktikan dan ini adalah tugas hakim untuk memberi penerangan yang saksama sama ada untuk menyebelahi pesalah atau pendakwaraya. Jadi, jika wujudnya lompangan2 ini dalam fakta,tak mustahil juga perkara yang sama terjadi dalam undang2...

Jurang ini pada pandangan saya adalah 'rahmat' atau keburukan dalam undang2 ciptaan manusia yang mampu menyebabkan manusia hilang kesedaran akan batas2 kuasa yang di peruntukan. Hakim2 ini menggunakan ia sebagai alasan mereka membuat keputusan, bukan sebagai manusia rasional, tetapi hanya sebagai makhluk yang bertakhtakan nafsu...

Maka,
Bukan mudah sebenarnya nak buktikan apa2 dalam kes jenayah....
mcm2..public interest kena ambil kira, kesan pada masyarakat 1 hal, keadilan 1 hal..

mungkin kita generasi ambil mudah...
takut utk aku menerima kalau itu hakikatnya, abeh la sistem penghakiman negara...
Bad become More Worse and The Worst!

marilah kita sedar2kan diri kita...pe yang kita hadapi ini bukan mudah......
biarpun susah,
biarpun pening...
jom kita sama2 tidak mengalah!

moga kami terus positif....
moga kami terus kental....
moga kami terus berusaha..
moga kami tidak sesekali patah semangat...
"Alah Bisa, Tegal Biasa; Jangan Bila Tidak Tahu Menari, Dikata Lantai Berjongkang-Jongket" -people of the blog

Sunday, December 12, 2010

Hakikat Hari Pertama..

"Quite an introductory revealed the dark nature of the 2nd year subject~"
ni je yg mampu aku fikirkan bile pe sbnrnye yg di serlahkan oleh lecturer baru kitorang yang aku pasti bak kte sorang member sbg "perfectionist"...tp aku dgn simplenye state die sbg orang yang "cerewet"

Die la Dr Baharuddin b. Harun.
mengajar Criminal Law 1 utk whole semestar ni..

wat is the ratio yg wat aku ckp cmni?

  • die sorang yg sangat rigid dalam marking, die xplukan kite ulang fact, state decision; tp kita perlu extract die pnye ratio decidendi, yang pasti dr past experience aku, mmg sukar nk extract klu xbce btul2...(1 laporan ngan ratio perlukan law student perah kaw2 air yang ade dlm otk ni smpe kering!)
  • warna pen, font tulisan mesti ikut spec! xde alasan npe x ikut arahan die, U HAVE BEEN WARNED!
  • sukar klu nak rebut tutorial~Y? huh..all u need is to strategies urself! "i wont take any reason from u if u failed to get the class that is suitable/decided in ur timetable, its ur prob!not me!"
huhu..however, ini bukan pe yang aku nk statekan pd pembaca sbnrnye...pd aku, ni lah CABARAN!
aku percaya, cabaran itu yg membuatkan seseorang lebih baik/bagus/u mention it la..

Sabar/Tabah...............
penah terpikir nape orang dulu hebat2 dan ideanye menggoncang dunia smpe org sekarang xmampu nak overtake/overdue/overshadow idea hebat2~??

Sbb mereka berguru dgn yg terbaik..
Outcome?
mestilah yg terbaik!mereka mmpu menyaingi kehebatan guru or at least duduk setaraf dgn mereka...

sudahlah: ini bukan waktu bersenang lenang......
kerana senang lenangla kita hanya dpt kejayaan yg ""senang" je..
pdku, inilah peluang.....pd kita, REVEAL OUR POTENTIAL!

"belajar dari yang terbaik, nescaya kamu akan jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik" -Mohd. Hisham B. Mohd Kamal, Dr.

War Chant!



Sahabat~

semestar baru telah bermula, kuliyah telah bersedia utk menerima kita...
telahkah kita bersedia utk menerima menerima ia, Sahabat??
mampukah kita mengharungi arus baru dalam aliran kehidupan yang serba baru ini?
aku tak tahu, jawapan bukan padaku..

HABIS PADA SIAPA??!!

jeritanmu takkan membuatku tunduk untuk menjawab pertanyaanmu...
sesungguhnya aku bukan kau, yang mengetahui segala isi dalam lubuk hatimu,
kau juga bukan aku yang tahu apa yg bermain di mindaku..

TAPI sahabat....

Impian kita sama..Objektif kita sama..Kehendak kita tidak pernah menyimpang..
kita manusia..telah dijadikan dengan minda yang sama, tapi dikurnia upaya dari yang Esa utk berbeza..

Sahabat~
genggam tanganku,mari bersama kita menuju bintang, 
tapi ingatlah, jgn sesekali kau tidak berpijak di bumi, lupa asal akarmu..
aku sedia membantu...
takala kau jatuh tersungkur, aku akan membangunkan;
takala kau hilai ketawa, aku pun turut sama merasa gembiranya;
takala kau sedih, ku selam isi kegelapan hati;
takala kau berjaya, aku yg akan sama menjulang piala kejayaan..

Sahabat~
Gunung yang tinggi itu takkan didaki dengan sendiri,
ikan di laut takkan berada di daratan secara tiba-tiba,
A pada penilaian takkan tertulis dengan sendirinya..
Ingat sahabat~~Ingat~~

Lupakan memori lama, objektif kita belum tercapai,
sudah-sudahlah mengingati kecundangnya kita dalam medan peperangan lama~

Sekarang~!
asah semua perkakasan perang!
bersedia dengan sebarang ujian dan latihan!
supaya kita ada cukup masa untuk menghadapi Peperangan Sebenar................!!
"tiada yang lebih memuaskan dari sediakan payung sebelum hujan" -people of the blog