Wednesday, January 12, 2011

Penat


Aku kat library
Dan aku baru je tertido cam orang dalam pic ni.
Betul2 penat rini,
 Tapi, kje pun seb bek byk da siap.
Cuma nak cari law untuk debat mahkamah je (MOOT)
Tu pun pening gile paler ni.
Ni yang aku riso  ni, takut aku nak balik,
~AKU TIDO SAMBIL JALAN~

"Malaysia boleh, nothing not possible" -Utz Hamid J

Sunday, January 9, 2011

Drama Melayu dan Undang-Undang


Kekadang aku slalu tengok cite melayu, drama khususnya. Cite mesti xlari dari konsep gile kuasa, nk serang org len, serah harta la melalui tandatangan. Mase tu adegan yang paling menyerlah la bila orang jahat tu (panggilan mase kecik lak) tipu pengurus a.k.a hero, supaye letak tandatangan kat agreement. Tup TUP! orang baik pun hilang harte sampe berjuta2. HAHAHA

Aku yang mase tu kecik lagi, tertanye2 gak, begitu mudah ke dengan sign je agreement tu, boleh terus transfer sume harta!

Perkara pertama yang aku discover:
Signature signifiy the consent of parties on the agreement
maka, dengan sign saja, orang yang kena tipu tiada lagi alasan untuk die mengatakan tidak dan tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut.

BULLSHIT!

Kalau undang2 di baca begitu rigid macam tu, semua orang boleh menipu tanpa ada apa2 alasan yang boleh membantu orang kena tipu mendapatkan keadilan.

So, pe hakikat yang sebenarnye?
Akta Kontrak 1950, seksyen 10(1):
Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat dengan persetujuan bebas (free consent)....dan jika tidak, ia dengan nyatanya menjadi batal.
Ape tu consent?
Akta yang sama, seksyen 13:
dua atau lebih individu dikatakan melakukan persetujuan (consent) apabila mereka bersetuju kapada perkara dan benda yang sama
Ape lak free consent?
Akta sama, seksyen 14
Persetujuan dikatakan bebas apabila ia tidak disebabkan oleh 1.Paksaan, 2. Pengaruh yang tidak sepatutnya, 3. Penipuan, 4. Kekeliruan, 5. Khilaf
Hak pihak yang di effect oleh kontrak berat sebelah pula di dalam seksyen 19 dimana ia mengatakan kontrak yang dimasuki oleh kedua2 pihak disebabkan oleh perkara2 dia atas adalah boleh batal atas pilihan pihak yang malang tersebut.

Jadi timbul lak persoalan, penulis2 skrip ni xwat ulang kaji ke? Cube la wat bende logik cikit.
Ni terus rampas hak orang, bagi macam2 impression bruk kat masyarakat dan negara kita
Kalau drama tu cermin masyarakat, dari segi undang2, mmg da lame da bruk imej kita di mata dunia.

Ini gak menunjukkan sebenarnye mmg ramai orang diperbodohkan oleh orang buta undang2 macam penulis2 skrip. Ape yang kite nak tengok adalah informasi, pengajaran yang betul2, bukan sekadar satira murahan.
"Ignorantia juris non excusat"
"tidak tahu undang2 bukan suatu alasan atau pengecualian"

Kalau nak cerita lagi, mmg sebenarnye proses transfer harta mmg bnyk birokrasinya. Xcaya? tgok2 la Amanah Rakyat, betapa banyak proses yang perlu di lalui untuk pindah harta, lebih2 lagi yg juta2.. Klu stakat sign je, mmg ramai la yg jato papa kedana sekarang~
"Malu bertanya sesat jalan" - people of the blog
Link: Akta Kontrak 1950..

Saturday, January 8, 2011

Husul dan Wusul


Ilmu
Suatu istilah yang di gunakan untuk menerangkan sifat2 ilmu. Kalau mengikut apa yang telah aku nampak sendiri, ilmu bukan suatu yang definitive (mutlak), boleh di gambarkan dengan sekali pandang saja. Malah tiada suatu pun dalam dunia ini dapat diterangkan dengan secara definitive.

Epal
Melalui perbincangan kami dengan lecturer kelmarin, dapatkah Epal kita terangkan sahaja sebagai "suatu buah-buahan"? Cukupkah kalau kita hendak menerangkan epal sebagai suatu buah-buahan, boleh buat orang yang tidak tahu apa itu buah, tahu apa itu epal? Pasti akan wujud persoalan baru.
apa itu buah?
apakah sifat buah?
apa medium sesuai menerangkan tentang buah?
silat pun pakai buah, tapi boleh makan kah?
Jadi dengan apa kita menerangkan sifat buah yang didefinisikan oleh minda bawah sedar sebagai sesuatu yang boleh terus masuk mulut?
(assumption yang buah semua boleh dimakan mentah, tanpa ragu2)

Maksud Ilmu
Oxford Dictionary yang terkenal sendiri gagal memberi maksud yang menyeluruh tentang ilmu/ knowledge.
"kepakaran, kemahiran, yang diperolehi oleh individu melalui pengalaman dan pendidikan, sama ada secara teori atau praktical; Fakta dan maklumat; Kesedaran dan kebiasaan yang dibentuk oleh pengalaman akan situasi dan fakta.
Definisi membicarakan tentang sifat sesuatu subjek perbincangan. Kalau ini definisi yang terbaik yang boleh diberi, maka ia semata2 hanyalah suatu description (gambaran), lebih2 lagi dalam konteks di atas yang melibatkan terutamanya tentang fakta, teori, praktikal, kesedaran dan realiti.

Sifat Ilmu
Kebanyakkan disiplin ilmu menggunakan bahasa mati (dead language) sebagai asal usul kepada ayat knowledge itu sendiri. Bahasa Latin biasa menggunakan beberapa istilah seumpamanya;
Intellect-Understood, Intellectus-Comprehension/Mind, Ratio-Reason, Gnaritas-Knowledge
Bagaimana pula dengan Bahasa Arab? Mungkin dari bunyi yang terdekat, Arabic mungkin bahasa yang tepat membicarakan tentang sifat ilmu itu sendiri. Perkataan knowledge sendiri diambil dari al-ilm,(Malay-ilmu)
علم- Ilmu/Alam
علامة- Sign/Alamat


Maka dalam maksudnya sendiri menunjukkan ilmu itu ialah suatu alamat, petunjuk kepada
 siapa yang ingin mendalaminya. Maka, jika ilmu itu penyuluh hidup, maka ilmu itu adalah 
cahaya (ضوء) dan lawannya sudah
tentu gelap (ظلام) yang juga merupakan asal usul kepada perkataan zalim (ظلم) yang bermaksud 
injustice, bukan cruel. Maka salahguna ilmu atau tidak mempedulikan ilmu dikatakan sebagai 
ignorant (جاهل) dalam falsafah pemikiran Islam.


Teori
Dalam perbahasan ilmu, teori bukan suatu yang termaktub dalam sifat ilmu.
Contoh: merujuk kepada epal, 5 biji epal yang kita petik segar dari pokok, dengan umur, spesies dan warna yang sama, semuanya kita rasa dengan rasa yang manis, maka pemikiran kita membuat keputusan, epal merupakan buah yang manis. Maka terjadi kesimpulan ringkas tentang sifat atau maknanya sendiri; 
"epal merupakan suatu buahan-buahan yang manis"
 Sedangkan kemudian bagaimana pula kalau kita jumpa 10 biji epal lagi yang tidak menepati sifat kesimpulan yang sebelum ini, iaitu tidak manis tapi mempunyai kriteria yang sama? Maka pemerhatian itu tidak mutlak untuk memaktubkan epal adalah buah2an yang manis.

Sudah tentu ia bertentangan dengan prinsip Islam yang mengatakan ilmu itu adalah Truth(al-haqq). Teori bukanlah berdasarkan kepada kebenaran tetapi hanya pemerhatian semata2. Dan pemerhatian bersifat bias dan sukar untuk dijadikan neutral disebabkan wujudnya hipotesis dan inferens (kesimpulan dan pemerhatian awal/ first perception) yang biasanya untuk memuaskan jangkaan pengkaji yang sudah tentu mahukan keputusan yang menyebelahi mereka.

Husul dan Wusul
Syed Mohammed Naquib Al-Attas (ilmuwan tempatan yang sangat2 diiktiraf dalam bidang metafizik Islam), mendefinisikan ilmu kepada dua iaitu Husul dan Wusul.

Untuk memahami dua definisi ini, konsep pendidikan (education) perlu di fahami secara detail. Beliau mendefinisikan ilmu sebagai (maksudnya):
"Pendidikan merupakan sesuatu proses yang berterusan ditanamkan kepada manusia"
Definisi ini pula mencakupi 3 aspek penting iaitu:
1.Isi (sesuatu)
2.Proses (penanaman)
3.Penerima Pendidikan (manusia)

Manusia sebagai heyawan an-annawafil (makhluk yang berakal) mempunyai kapasiti/kemampuan memahami perbicaraan, bukan sahaja bersifat zahir dalam konsep ilmu atau penerimaan, tetapi juga kemampuan memfomulasi maksud dari subjek perbicaraan (ma'na). Maka dalam mendefinisi ilmu itu sendiri, pegangan kepada isi perbicaraan lebih kuat dari proses memahami pendekatan ilmu. Maka dapat disimpulkan dalam pemahaman ilmu, hafalan merupakan suatu proses dan pemahaman merupakan isi.

Konsep pemahaman lebih kuat mengatasi hafalan berikutan isi akan tertanam dan mencipta asas yang teguh dalam minda manusia berbanding hafalan. Sifat proses itu sendiri berbeza2 dan tidak berada selari antara satu sama lain. (lihat contoh setiap cara individu belajar, tetapi masing2 ingin mencapai objektif yang sama).

Oleh itu sebagai manusia, kita telah di anugerahkan kemampuan dalaman menghubungkan ma'na dan pengetahuan dalam istilah Islam difahami sebagai 'aql atau intellectus/comprehension.

Husul bermaksud tibanya sesuatu ma'na atau objek ilmu itu kepada jiwa pencari ilmu. Dalam definisi ini, ia memberatkan ilmu yang diturunkan Allah S.W.T kepada diri manusia itu sendiri. Dalam Islam, Ilmu ketuhanan banyak dikaitkan dengan Husul, antaranya Mukjizat (yang diberi kepada para RasulNya dan 'Ambia) dan Ilham, suatu gambaran dan petunjuk dalam apa jua bentuk kepada sesiapa yang dirasakanNya berhak, contohnya mimpi, gerakkan hati dan hidayah. Justeru, Ia juga dikelaskan kepada 2 jenis ilmu iaitu:
1.Ilm Ladduniyya (Rohaniah)
2.Ma'rifah (Gnosis)

Wusul bermaksud tibanya jiwa kepada sesuatu objek. Jiwa itu boleh difahami juga sebagai pemahaman ke atas sesuatu itu, tetapi maksudnya tidak merujuk kepada ma'na. Wusul dalam konteks yang lebih mudah merujuk kepada usaha2 manusia meneroka bidang2 ilmu yang baru dalam apa jua pemikiran dan peradaban. Maka, dalam penerokaan ilmu ini, ia dikelaskan sebagai ilmu yang tidak (terlalu) berkaitan dengan ketuhanan yang dipanggil Wisdom (Hiqmah).

Adab
Dalam konteks perbincangan Ilmu dalam Islam, penerokaan Ilmu dalam kalangan umat Islam sekarang sudah terbatas. Kehilangan adab dalam kehidupan umat Islam memainkan peranan yang signifikan dalam proses pengikisan ilmu.

Adab selalu di kaitan dengan cara atau kelakuan yang betul yang digalakkan dalam sebuah komuniti atau masyarakat (manners). Akan tetapi, makna bahasa adab itu sendiri ialah perkara yang betul. Dalam konteks ilmu, adalah penting untuk kita melakukan perkara yang betul dalam mencari, mengekstrak dan mengembangkan ilmu.

Kegelapan zaman sekarang sekaligus berkaitan dengan kehilangan adab dalam kehidupan seharian. Kehilangan ilmu juga menunjukkan masyarakat telah memasuki zaman gelap (zuluma) dan membawa kepada kezaliman kepada diri sendiri (zalimun).

Akhir Kata.
Kepentingan Ilmu dan mencarinya telah Islam letakkan di tahap yang tertinggi dimana dicatatkan dalam Quran, dalam surah Al-Alaq, telah mengiktiraf proses mencari ilmu dalam kalangan ummi (buta huruf) yang tegar dalam masyarakat Arab sebelum Islam, dan proses ini juga di iktiraf di sepanjang zaman.

Kemerosotan statistik membaca telah memberikan justifikasi, kurangnya minat manusia sekarang kepada membaca, khususnya bacaan pengisian ilmu dan rohani kerana kewujudan medium tempelan dan murahan.

Mungkinkah sejarah berulang kembali? Peningkatan masalah dalam umat Islam sudah tentu banyak berkaitan dengan kehilangan adab yang ketara. Moga melalui kesedaran pencarian Ilmu dan implimentasi/aplikasi ilmu yang berguna itu akan membawa semula umat Islam kepada jalan yang direstui.

Harapan untuk melihat perubahan sentiasa terbuka selagi masih wujudnya harapan kita kepada kebaikan dan kepercayaan kita kepada Ketuhanan.
"knowledge justified true belief" -Plato