Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

Aku Da Kering!

Ada 2 perkara yang aku cuba smpaikan dari tajuk ni:

  1. Poket da kering sebab loan PTPTpu tak masuk2 lagi.
  2. Aku da kering dengan idea2 nak kritik/puji pape yang boleh aku kritik @ ulaskan.
so..
1.PTPTN Yang Tak Masuk2 Lagi.
Da dkt 2.5 bulan aku kat UIA ni, aku masih xtrima lagi duit PTPTN..
Susah la, sem baru ni tersangat bnyk gne duit, 1 minggu saje untuk fotostat da dkt RM10, xcite makan lagi yg mahal gile.
Aku tao la kat UIA ni bnyk antarabangsa, tp xkan la makanan pun nk harge antarabangsa gak...
duit dorang da dkt RM15k korang kebas utk satu sem cukup la..kitorang ni rm100 pun susah nk dpt sebulan..
Tu kisah makan~~~

Ni janji international lak..Kite cibuk gile ngan frasa "janji melayu' kat luar sne, So kat UIA kitorang panggil lak 
"INTERNATIONAL's PROMISE"
Macam2 dijanjikan..Yang paling ketara la pasal tarikh masuk duit PTPTN ni..
Antara Tarikh2 yang dijanjikan:
  1. Check In Kolej: 14 Dis 10
  2. 1st janji: 21 Dis 10
  3. 2nd janji : 21 Jan 11
  4. 3rd janji : 28 Jan 11
  5. Upcoming janji : 3 Feb 11
maka lagi 3hari dari hari ni, dapat la beli buku bagai.....
tapi janji tu xsemestinye orang2 ni nak tepati..
aku mmg riso gile kalu xdpt2 lgi ni..susah~
nak makan knela meminta2 ngan famly..
kalau ade duit tp slalu mintak pun xgune gak!
ADUHAI~

2. Kekeringan Idea Nak Menulis Entry.
Owh ye...aku ni pemalu sebenarnye, jadi aku xsuke nak cite tentang aku, tntang pe aku makan rini o pe aku wat rini..
If aku cite pun, mesti aku selit3kan dengan pandangan dan pendapat aku tntg SESUATU...
Cam dalam TA'LIM @ Usrah, pe yang kita dengar, kita tgok2 kita sunat untuk sampaikan walaupun sedikit dari kebaikan tu,,,
Jadi ni bukan diari..
Tapi lebih pada luahan pendapat aku tntg bende yg berlaku sekeliling 5 pancaindera ni..

Tp semua orang kena ingat,
-Pendapat adalah luahan atau pemikiran orang yang memerhatikan isu2 yang terjadi di sekelilingnye.


-Pendapat tidak pernah akan berada ditengah2 kerana kita dilahirkan dengan persepsi.


-Persepsi adalah tanggapan yang semula jadi ada dalam pemikiran kritisism manusia.


-Kritisism dibentuk apabila hati kita dipaut dengan pelbagai ideologi yang menyebabkan kita menyokong pegangan ideologi tersebut.


-Maka kerana ideologi tu hanya terarah pada satu kawasan pemikiran dan pandangan (worldview), pendapat kita sentiasa akan berpaksi.


-Paksi itu menunjukkan kita cenderung untuk menyokong pendapat ideologi dan PAKSI TIDAK AKAN BERADA DITENGAH2 kerana paksi sentisa CONDONG ke 1 arah...


so?
jgn expect sume orang nk bg pendapat yang sme sentiasa kerana manusia lahir dgn kepelbagaian..
kena ingat sentisa tu....

Kalau aku?
nnt2 la nak tulis entri artikel nnt...aku xjumpe bnde yang menarik lagi nak kritik..haha
"Gunung kalau digali sehari-hari pastikan runtuh. Bak menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berderai" -people of the blog

Wednesday, January 12, 2011

Penat


Aku kat library
Dan aku baru je tertido cam orang dalam pic ni.
Betul2 penat rini,
 Tapi, kje pun seb bek byk da siap.
Cuma nak cari law untuk debat mahkamah je (MOOT)
Tu pun pening gile paler ni.
Ni yang aku riso  ni, takut aku nak balik,
~AKU TIDO SAMBIL JALAN~

"Malaysia boleh, nothing not possible" -Utz Hamid J

Friday, January 7, 2011

Picture of Few Words..

Aku bila kebosanan dan tidak boleh tido.....



Apa pula yang anda buat?
"Life is something that happens when you can't get to sleep" - Fran Lebowitz

Wednesday, January 5, 2011

Aku Yang Poyo

Hari ni aku masuk kelas co-curriculum, CCDS@ Presentation Skill & Critical Thinking.


Mase aku present tentang diri aku, aku banyak kritik pempuan, salah satunya pasal nape pempuan lebih suka 'baking' berbanding cooking.


Sorang pempuan tanya aku, aku ade menyembunyikan sesuatu ke?
Tah la, hidup aku sendiri yang wat aku tak cye ngan omong2 public at large.


method presentation aku bukan untuk wat orang ketawa.


Aku suka pendekatan akedemik. Aku terpengaruh dengan sorang member yang kalu present, suka nk wat orang berpikir dengan soalan2nye.


Sekarang aku terpikir gak, patut aku terlalu kritikal?
Sekarang aku mempersoalkan pe yang da aku wat.
Walaupun orang mungkin lupa, aku rase aku akan ingat setiap kesalahan yang aku wat.
"Failure is all parts of success" -T Dwag

Tuesday, January 4, 2011

Lelaki & Minat Budak-Budaknya

Ape yang laki minat berbanding perempan? Kekadang pelik gak, walaupun aku sendiri sbgai laki, da besa panjang siap buncit lagi pada usia 21, tapi aku masih minat pada perkara2 yang budak2 suka buat..
Ni bukan je limitz kat aku, tapi dr pemerhatian aku, kkdg bapak budak pun minat perkara yang kebudak2kn..
HAHAHA~

Apa yg budak2nya?
Aku istilahkan sifat kebudak-budakkan bukan merujuk kepada kurang matang dlm pemikiran @ berkelakuan spt, well~ kebudak2kan... Tapi lebih kepada apa yang budak akan buat kalau die minat btul2 pada sesuatu. Istilah inggeris, DEVOTION, kesetiaan yang tak terbelah bagi kepada sesuatu yg mendalam...

Lelaki sebenarnya tidak pernah tunjuk yg mrke ni betul2 minat sesuatu, tapi, sebenarnye dlm at Allah je yang tahu kalau die dpt sesuatu yg die minat n excited nakkan bende 2.. Sebab tu ade je istilah "istri kedue" bile merujuk pd barang milik laki ni selepas girlfried o istri pertamenye..

Sesuatu tu yang macam mana?
Jom kita kupas satu2 minat laki sejak dari die kecik smpe la mungkin~die da tue beranak cucu..

1. Rancangan Superhero

Dulu mase zaman game mahal2 lagi, Playstation one harge pn dekat RM2000+, tv hanya tempat yang best untuk berhibur. TV time tu, lebih kurang 1996, berlumba2 nak siarkan rancangan2 macam Gavan Space Police, Power Ranger berepisod2, dan Kamen Rider antaranya.

Kira da lebih kurang 15 tahun dah dari zaman tu, tapi aku tngok member2 aku masih tak putus 'silaturrahim' mrk ngan cite2 superhero ni, still masih lagi download cite2 baru yg lebih thrill, cambest and technologic!

Sekarang ni yang banyak terbaru, cite2 Kamen Rider je as far Im concerned. Aku layan je, tapi xde la minat sangat kan sampai aku hafal sekor2 name hero Kamen Rider tu..TATOBA~TATOBA~

2. Rancangan Kartun

Masa kecik dulu, tipu la klu cakap budak2 laki tak suke tngok kartun, tak kira tv mahupun cd/dvd yang dibeli  tak kira ORI @ Ciplak. Kalau mengimbau balik kenangan silam, aku suka tengok Tom & Jerry kat Cartoon Network. Cartoon Network actually channel pertama kat dunia yang hanya siarkan kartun je kat dunia ni, lepas tu baru la ade Nickelodeon, Disney Channel etc. Time tu astro mahal giler, nak pasang je RM1000. So mase tu famly aku langgan MegaTV. Pasang, bayar pun murah, xsilap,RM50 sebulan. Time tu la~


Kire paling best time kecik2 dulu Tom & Jerry jela. Pastu datang lak Spongebob Squarepants plak dengan lawak yang gile2 mangang! hahaha~
Tapi layan gak la walaupun umo time tu da 18 time memula tengok.
Aku baru kira2 5 tahun je kenal ngan spongebob ni, tapi rupa2 nye da 10tahun da die dicipta..
Rase cam aku tak penah pedulik sebelum ni @ cite ni mmg datang lambat~haha


The Simpson aku da start tgok dari aku darjah 1 lagi.. Cite die bukan best pun mase aku tgok mase kecik2 dulu, rupanya bila da besa panjang ni baru aku tao yang die mmg bnyk maksud tersirat, segala macam orang die nk tembak dalam satira2 ni. Bila da besa, ni la pada aku kartun yang seswai la dgn nature aku sebagai pelajar spye lbh berpikir kan.

Kekadang ade gak geram tahap nak terjun bngunan sebab tgok gelagat bapak yng SUPER-BODOH ni..haha

3. Koleksi Action Figure
Sape cakap laki tak men anak patung? haha
Literally bukan la anak patung, tapi cm figure2 robot amat menarik hati lelaki. Time aku darjah2 dulu aku penah diajak oleh sorang member, anak YB Dun Templar g umah die men PS. Die siap ajak masuk bilik die tgok koleksi Gundam Seed! Perg..1 kotak harge ~Rm200, ade lebih kurang 17 figure aku rse,so guys,do da math! Orang kaya, xpe la. Duit celah kaki dorng je~

tinggi lebih kurang 15inci
Aku pun ade gak koleksi aku, walaupun 1, kire ok gak la kan. Special Edition, Megatron Action Figure. HAHA.. Setakat ni aku tak jumpe lagi mane pasangannye, sbb die kire macam 1 set. Ni Megatron, Lagi 1, Optimus Prime..PERG~
Harge RM250~ bole la~

4. Video Games
Trivia: Sukan pertama yang di'game'kan ialah ping-pong! Actually nmenye PONG merupakan game yang pertama yang dikeluarkan di dunia. Game die simple je, ade bola n 2 bar merujuk pada kayu bet ping-pong. Objektif, jangan kasi terlepas bola je la. Dulu game ni kua time bapak2 kite baru nak strt kumpul2 duit nak kawin agknye, lebih kurang 1982. Da lme da~

Skang ni video game da msuk generasi ke 7, mksudnye, game da mula menyerupai movie yang kita sendiri control dari perspektif orang ketiga atau pertama (1st person @ 3rd parties view).

Kalau nak tao, game Mario Adventure merupakan game generasi 3, manakala Sonic The Hedgehog plak generasi ke 4. Then mulai la generasi 5 yang mantap start dengan terciptanya CD dan Playstation.

Sekarang ni aku kira cam gile epi la sbb minat aku zaman budak2, men game ni tak terputus lagi.
Dulu aku rely solely on PC klu nk men game. Ble aku strt beli Xbox 360 aka 7th generation gaming device, aku rse bngge gile la!hehe.. Game pun xputus2. kire ok la, bnyk dpt men game yg latest2...best giler la~

7th Generation sume same je feature;
  1. Wireless Controller
  2. Grafik yang sume nak HD
  3. Kuasa Konsol yang mengalahkan PC
  4. everything about motion sensor, even controller game pun ade gerak pakai tngan cam KINECT Xbox
  5. online gaming/interaction emphasized~

Mane Lagi Best?

Aku rase bile next ble aku da kje cuti nnt, aku nk beli Playstation 3 lak. Kat internet da bnyk sgt di debat2kan Xbox lebih hebat la, PS3 lagi hebat la. Biar aku beli dlu, biar aku tgok camne nnt..HAHAHA

Akhir Kata
Anda rasa budak2 sngtkah laki ni?
mane ade la, budak2 xkan sanggup nk beli @ tgok bende2 yang Budak Besar minat sbb terlalu la OVERKILL..
Tapi ni la laki. Jgn ingat perempuan je yang misteri..Kami pun misteri gak dgn minat yang bukan2 camni~
"Boy Will Always Be Boys" -people of the blog