Tuesday, January 4, 2011

Lelaki & Minat Budak-Budaknya

Ape yang laki minat berbanding perempan? Kekadang pelik gak, walaupun aku sendiri sbgai laki, da besa panjang siap buncit lagi pada usia 21, tapi aku masih minat pada perkara2 yang budak2 suka buat..
Ni bukan je limitz kat aku, tapi dr pemerhatian aku, kkdg bapak budak pun minat perkara yang kebudak2kn..
HAHAHA~

Apa yg budak2nya?
Aku istilahkan sifat kebudak-budakkan bukan merujuk kepada kurang matang dlm pemikiran @ berkelakuan spt, well~ kebudak2kan... Tapi lebih kepada apa yang budak akan buat kalau die minat btul2 pada sesuatu. Istilah inggeris, DEVOTION, kesetiaan yang tak terbelah bagi kepada sesuatu yg mendalam...

Lelaki sebenarnya tidak pernah tunjuk yg mrke ni betul2 minat sesuatu, tapi, sebenarnye dlm at Allah je yang tahu kalau die dpt sesuatu yg die minat n excited nakkan bende 2.. Sebab tu ade je istilah "istri kedue" bile merujuk pd barang milik laki ni selepas girlfried o istri pertamenye..

Sesuatu tu yang macam mana?
Jom kita kupas satu2 minat laki sejak dari die kecik smpe la mungkin~die da tue beranak cucu..

1. Rancangan Superhero

Dulu mase zaman game mahal2 lagi, Playstation one harge pn dekat RM2000+, tv hanya tempat yang best untuk berhibur. TV time tu, lebih kurang 1996, berlumba2 nak siarkan rancangan2 macam Gavan Space Police, Power Ranger berepisod2, dan Kamen Rider antaranya.

Kira da lebih kurang 15 tahun dah dari zaman tu, tapi aku tngok member2 aku masih tak putus 'silaturrahim' mrk ngan cite2 superhero ni, still masih lagi download cite2 baru yg lebih thrill, cambest and technologic!

Sekarang ni yang banyak terbaru, cite2 Kamen Rider je as far Im concerned. Aku layan je, tapi xde la minat sangat kan sampai aku hafal sekor2 name hero Kamen Rider tu..TATOBA~TATOBA~

2. Rancangan Kartun

Masa kecik dulu, tipu la klu cakap budak2 laki tak suke tngok kartun, tak kira tv mahupun cd/dvd yang dibeli  tak kira ORI @ Ciplak. Kalau mengimbau balik kenangan silam, aku suka tengok Tom & Jerry kat Cartoon Network. Cartoon Network actually channel pertama kat dunia yang hanya siarkan kartun je kat dunia ni, lepas tu baru la ade Nickelodeon, Disney Channel etc. Time tu astro mahal giler, nak pasang je RM1000. So mase tu famly aku langgan MegaTV. Pasang, bayar pun murah, xsilap,RM50 sebulan. Time tu la~


Kire paling best time kecik2 dulu Tom & Jerry jela. Pastu datang lak Spongebob Squarepants plak dengan lawak yang gile2 mangang! hahaha~
Tapi layan gak la walaupun umo time tu da 18 time memula tengok.
Aku baru kira2 5 tahun je kenal ngan spongebob ni, tapi rupa2 nye da 10tahun da die dicipta..
Rase cam aku tak penah pedulik sebelum ni @ cite ni mmg datang lambat~haha


The Simpson aku da start tgok dari aku darjah 1 lagi.. Cite die bukan best pun mase aku tgok mase kecik2 dulu, rupanya bila da besa panjang ni baru aku tao yang die mmg bnyk maksud tersirat, segala macam orang die nk tembak dalam satira2 ni. Bila da besa, ni la pada aku kartun yang seswai la dgn nature aku sebagai pelajar spye lbh berpikir kan.

Kekadang ade gak geram tahap nak terjun bngunan sebab tgok gelagat bapak yng SUPER-BODOH ni..haha

3. Koleksi Action Figure
Sape cakap laki tak men anak patung? haha
Literally bukan la anak patung, tapi cm figure2 robot amat menarik hati lelaki. Time aku darjah2 dulu aku penah diajak oleh sorang member, anak YB Dun Templar g umah die men PS. Die siap ajak masuk bilik die tgok koleksi Gundam Seed! Perg..1 kotak harge ~Rm200, ade lebih kurang 17 figure aku rse,so guys,do da math! Orang kaya, xpe la. Duit celah kaki dorng je~

tinggi lebih kurang 15inci
Aku pun ade gak koleksi aku, walaupun 1, kire ok gak la kan. Special Edition, Megatron Action Figure. HAHA.. Setakat ni aku tak jumpe lagi mane pasangannye, sbb die kire macam 1 set. Ni Megatron, Lagi 1, Optimus Prime..PERG~
Harge RM250~ bole la~

4. Video Games
Trivia: Sukan pertama yang di'game'kan ialah ping-pong! Actually nmenye PONG merupakan game yang pertama yang dikeluarkan di dunia. Game die simple je, ade bola n 2 bar merujuk pada kayu bet ping-pong. Objektif, jangan kasi terlepas bola je la. Dulu game ni kua time bapak2 kite baru nak strt kumpul2 duit nak kawin agknye, lebih kurang 1982. Da lme da~

Skang ni video game da msuk generasi ke 7, mksudnye, game da mula menyerupai movie yang kita sendiri control dari perspektif orang ketiga atau pertama (1st person @ 3rd parties view).

Kalau nak tao, game Mario Adventure merupakan game generasi 3, manakala Sonic The Hedgehog plak generasi ke 4. Then mulai la generasi 5 yang mantap start dengan terciptanya CD dan Playstation.

Sekarang ni aku kira cam gile epi la sbb minat aku zaman budak2, men game ni tak terputus lagi.
Dulu aku rely solely on PC klu nk men game. Ble aku strt beli Xbox 360 aka 7th generation gaming device, aku rse bngge gile la!hehe.. Game pun xputus2. kire ok la, bnyk dpt men game yg latest2...best giler la~

7th Generation sume same je feature;
  1. Wireless Controller
  2. Grafik yang sume nak HD
  3. Kuasa Konsol yang mengalahkan PC
  4. everything about motion sensor, even controller game pun ade gerak pakai tngan cam KINECT Xbox
  5. online gaming/interaction emphasized~

Mane Lagi Best?

Aku rase bile next ble aku da kje cuti nnt, aku nk beli Playstation 3 lak. Kat internet da bnyk sgt di debat2kan Xbox lebih hebat la, PS3 lagi hebat la. Biar aku beli dlu, biar aku tgok camne nnt..HAHAHA

Akhir Kata
Anda rasa budak2 sngtkah laki ni?
mane ade la, budak2 xkan sanggup nk beli @ tgok bende2 yang Budak Besar minat sbb terlalu la OVERKILL..
Tapi ni la laki. Jgn ingat perempuan je yang misteri..Kami pun misteri gak dgn minat yang bukan2 camni~
"Boy Will Always Be Boys" -people of the blog

Wednesday, December 29, 2010

Bangau oh Bangau: Disebalik Keindahan Perlian

bangau oh bangau
kenapa engkau kurus
macam mana aku tak kurus
ikan tak timbul-timbul

ikan oh ikan
kenapa kau tak timbul
macam mana aku nak timbul
rumput panjang sangat

rumput oh rumpat
kenapa engkau panjang
macam mana aku tak panjang
kerbau tak makan aku

kerbau oh kerbau
kenapa kau tak makan rumput
macam mana aku nak makan
perut aku sakit

perut oh perut
kenapa engkau sakit
macam mana aku tak sakit
makan nasi mentah

nasi oh nasi
kenapa engkau mentah
macam mana aku tak mentah
kayu api basah

kayu oh kayu
kenapa engkau basah
macam mana aku tak basah
hujan sudah turun

hujan oh hujan
kenapa engkau turun
macam mana aku nak turun
katak panggil aku

katak oh katak
kenapa panggil hujan
macam mana aku tak panggil
ular nak makan aku

ular oh ular
kenapa nak makan katak
macam mana aku tak makan
memang makanan aku~~

Orang Melayu sebenarnya ialah sebuah bangsa yang kreatif sehinggakan nk kutuk sikap orang pun nak wat dalam bentuk lagu. Lagu bukan sebarang lagu, tapi lagu kanak2 pulak 2! Nak ingatkan betapa sikap suka menyalahkan orang len bukan sikap yang baik.

Suka menyalahkan orang lain tak lari maksudnya dari sikap egoistik yang tertanam dalam manusia itu sendiri.
Namun, sikap camni tiada dalam haiwan, hanya 'hayawan an-nafs' (makhluk cerdik) seperti kita yang mempunyai nilai2 buruk seperti ini.

Haha~kritikalnya orang melayu dalam menggambarkan sikap individu2 yang tak pernah nak mengaku salah.
Malah nak menyalahkan orang lain~

Tetapi Sedang Kita Salahkan Orang Lain,
BETULKAH KITA?
"mendongak ludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri" - people of the blog

Saturday, December 25, 2010

Kalaulah Sakit Itu Suatu Kesalahan.

~Heart Attack~

Syukur kehadrat Ilahi, kita, khususnya dilahirkan di negara yang boleh kira begitu berkebajikan. Salah satu contohnya, kemudahan perkhidmatan perubatan yang rendah kosnya kepada rakyat jelata. Inilah Malaysia, tanah airku yang banyak boleh aku banggakan dari segi kebajikan.

Iklan2 di TV, radio, majalah, akhbar semakin rancak, berlumba2 ingin menyedarkan betapa drastiknya peningkatan statistik pesakit penyakit "hardcore" atau "3 beradik" iaitu, darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis dalam kalangan rakyat Malaysia.

Iklan Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyiarkan bahawa 1 orang dari setiap 4 rakyat malaysia menghidapi Obesiti Morbid(kegemukkan melampau), over the scale! Morbid Obese dalam kiraan BMI (Body Mass Index) ialah dalam julat 35-40. Memang terlampau berat..

Kita semua sedia maklum bahawa semua penyakit adik beradik ni semua berkaitan antara 1 sama lain. Contohnya: 
Kita tak exercise/bersenam, badan kita simpan lemak, lemak yang tebal di pankreas mengurangkan kecekapan organ tersebut merembes Insulin, Insulin penting untuk mengawal paras gula dalam darah, bila tak terkawal, maka VIOLA~Diabetis.
Lagi Contoh:
Bila kena Diabetis, pesakit diabetis tidak digalak langsung untuk minum banyak air, bila pemakanan tak dijaga, kita pasti akan ambil banyak garam, garam memberi tekanan kepada dinding2 sel darah, akibat kurang air, garam memekatkan darah, akhirnye terjadilah Blood Clot (darah beku), dan kalau tersekat kat jantung, jadi Penyakit Jantung dan kalau tersekat di otak jadilah Strok!
Contoh Bersambung:
Bila pembuluh darah tersekat, pasti lebih teruk bila darah terpaksa ditekan untuk melalui bukaan yang sempit, pasti jantung terpaksa buat kerja extra dan guna lebih banyak tenaga untuk mengepam darah. Tekanan yang kuat menyebabkan terjadilah Darah Tinggi. 
Untuk makluman, tekanan normal bagi darah ialah 120/80Hgmm. Kalau lebih, berhati2lah wahai sahabat...

Walau bagaimanapun, contoh penyakit ini tidak terhad kepada contoh2 di atas, tapi meliputi sakit yang berpunca dari kecuaian manusia seperti Kanser Paru2 akibat merokok dan sebagainya

ini adalah sebahagian dari contohnye sahaja wahai saudara. Adakah ia cukup menakutkan? Pastinya tidak..

Bagaimana Kalau Sakit Itu Satu Kesalahan Yang Memperuntukkan Hukuman Denda, Penjara Dan Mungkin Juga Ke Tali Gantung?
Mari kita bongkar kerelevanan dan apa yang terjadi kalau ia berlaku:
~Debat Parlimen~
1. Pra Pelaksanaan Undang-Undang
Prosedur biasa penggubalan dan penciptaan sesuatu peruntukkan perundangan mungkin mengambil beberapa bulan malah tahun di Malaysia. Perdebatan hangat pastinya akan berlaku di parlimen, mahu di peringkat Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara.

Doktor2 Perubatan pasti merupakan kumpulan pertama yang bersetuju dalam pembentukan akta baru ini. Mana taknya, kerja pastikan mudah di hospital nanti, kurang orang sakit, kuranglah kertas kerja yang nak di siapkan.

Menteri-Menteri dan ahli koperat? pastinya sukar bagi mereka. Menteri2 semua sibuk bekerja bagi memastikan "kesejahteraan rakyat". Ahli koperat pula tak habis2 nak bekerja bagi memajukan syarikat. Hakikatnya kurang masa nak bersenam dan pastinya kurang lemak yang perlu dibakarkan.

Sekarang, wujud pula persoalan, perlukan wujudnya golongan2 yang perlu di kecualikan? Serba maklum dimana2..LAW IN FAVOR OF THE WEALTHY.

2. Pasca Perlaksanaan Undang-Undang
Setelah undang2 itu diluluskan, nama telah diberikan, maka perlu ditetapkan bila tarikh ia akan berkuatkuasa. Katakan akta tersebut telah diluluskan pada 9/11/2010. Tarikh ia mula berkuatkuasa bukan pada tarikh ia diluluskan, tapi bila akta itu sendiri telah catatkan bila. Jika tarikh ia berkuatkuasa (d.i.f) ialah bulan seterusnya, 26/12/2010, sesiapa yang di dapati sakit pada tarikh dan selepas tarikh tersebut, pasti ramai yang kena hukum! Maka malanglah pada mereka sebelum ini tidak mengambil kisah akan kesihatan mereka sebelum ini.

Penyakit ini ibarat bom jangka yang berdetik, ia bermula sahaja bila wujud tanda2 kita mengurangkan aktiviti sihat dalam tubuh kita. Pastikan tak bertuah kepada sesiapa yang tetiba sakit pada d.i.f tersebut.

Walaupun kerja doktor mungkin akan berkurang, tapi kerja majistret pastikan bertambah. Kerajaan pastikan merekrut lebih banyak hakim, majistrate disebabkan kesalahan ini. Firma guaman pastinya menerima keuntungan dari situasi ini. Bila banyak kes, pastinya banyak upah. Peluang pekerjaan sudah pasti meningkat dalam sektor guaman dan kerajaan kesan dari pelaksanaan undang2 yang ketat ini. Keadaan seperti menangguk di air keruh. orang lain yang sakit, orang lain dapat duit.

3. Peningkatan Taraf Infrastuktur Awam
Taman rekreasi begitu sinonim dengan dengan gaya hidup sihat kerana ini saja tempat yang menawarkan persekitaran kondusif untuk menjalani aktiviti2 sihat. Bagaimanapun, kos pengendalian dan penggunaan taman tersebut bukan murah dan percuma, sebaliknya ia dari cukai2 yang kita bayar kepada kerajaan tempatan khususnya cukai pintu dan cukai tanah. Tidak salah kiranya dalam memastikan rakyat Malaysia kekal sihat sentiasa, mesej perlu di sampaikan akan betapa ruginya rakyat jika mereka tidak menggunakan dan mengabaikan taman rekreasi yang mereka biayai dari wang poket mereka sendiri.

Di Kuala Lumpur saja ada lebih kurang 5 taman rekreasi, antaranya Taman Tasik Metropolitan Kepong, Taman Tasik Ampang Hilir, Taman Tasik Taman Maluri Damansara, dan yang paling popular, Taman Tasik Titiwangsa di Jalan Pahang sana. Masalah yang sama tiap2 hujung minggu ialah pengunjung sukar memperolehi parking. Dari keluasan 46.15 ekar T.T.Titiwangsa, hanya 10% yang diperuntukkan untuk tempat letak kereta dan motosikal. Maka, sukarlah mencari tempat yang sah untuk parking, dan kalau tersalah tempat, boleh juga di kompaun dengan hebatnya oleh penguatkuasa tempatan.

Maka, kerajaan perlu mengambil kira permasalahan ini, khususnya kerajaan tempatan. Apa yang perlu dibesarkan, besarkan, asalkan ia tidak mengaut lebih banyak duit rakyat.

4. Perindustrian dan Perdagangan
Ekonomi dan perdagangan melibatkan polisi yang di junjung oleh sesebuah kerajaan. Sejarah menunjukkan ekonomi persaingan bebas lebih berjaya memikat lebih banyak pelabur dan duit mereka berbanding pasaran 100% kerajaan yang di utamakan dalam negara2 komunis pada era 60an. Setelah hampir 5 dekad berkonfrontasi dengan negara2 pasaran bebas Amerika dan sekutunya, akibat tekanan salah satunya ekonomi, Kesatuan Soviet pun di bubarkan pada lewat 80an.

Kesan dari polisi kerajaan Malaysia menjadikan sakit itu suatu kesalahan boleh dilihat apabila wujudnya permintaan yang menggunung terhadap produk2 kesihatan, baik bantuan senaman mahupun ubat-ubatan.
Dari sini, kerajaan memperoleh lebih banyak hasil dari pencukaian, dalam bentuk duti import, cukai perlabuhan, lapangan terbang dan pelbagai2 cukai lain yang tidak popular pada pedagang.

Wujud lebih banyak jenama2 kesihatan lain, yang pasti tidak akan terhad kepada Osim, Ogawa dan lain2. Secara positif, persaingan antara jenama besar seperti ini dapat mengurangkan dan menstabilkan harga barangan2 yang di tawarkan dalam pasaran. Tidak wujud pasaran monopoli atau oligopoli, tetapi monopolistik yang dari teori pasaran ekonomi, harga di tentukan oleh pengguna~more or less...


Tidak lupa juga pada pasaran makanan ringan, kita akan dapat meramal kemerosotan dalam jualan makanan yang tidak sihat ini akibat polisi 'semua sihat' kerajaan. Snek2 dan jualan makanan di restoran segera pasti akan menerima akibatnya. Sungguhpun peningkatan dalam peluang pekerjaan di sektor profesional, permintaan buruh2 dalam sektor perkhidmatan makanan akan menurun. Jika dalam 1 jangka masayang panjang, kita akan melihat pembuangan pekerja dalam sektor tersebut akibat polisi tegas kerajaan.

4. Polisi Kerajaan Dan Rakyat
Isu paling penting pada rakyat yang paling malas nak bersenam ialah "Siapa yang buat undang2 bodoh ni??". Disebabkan kuasa rakyat dalam memilih kerajaan, sudah pasti dengan mudah kerajaan di singkirkan dalam PRU akan datang.

Sudah pasti, kerajaan tidak mampu membuat apa-apa undang2 kurang popular pada rakyat yang begitu di manjakan dengan macam subsidi dan kemudahan. Akibatnya, pembangkanglah yang akan berkuasa di penggal depan.

Akibat dari hukuman pelik ini, pasti harga makanan murah dan mahal dalam 2 keadaan:

  1. Murah. Apabila rakyat nak sihat, kurang beli makanan. Maka jualan yang kurang menyebabkan penjual terpaksa menawarkan harga yang lebih murah untuk memperoleh semula modal.
  2. Mahal. Berkaitan dengan polisi kerajaan, bukan rakyat. Harga makanan akan menjadi mahal apabila kerajaan berniat mengurangkan penggunaan melalui penetapan harga siling yang tinggi pada barangan terkawal seperti bawang, ayam, ikan kembung etc.
Akhir Kata...
Apa kan tejadi kalau kerajaan begitu kejam seperti ini?
kita takkan tahu apa yang berlaku di masa depan kerana tiada siapa mampu menjangkanya.
Tapi langkah kerajaan ingin memberi kesedaran akan bahaya penyakit tersebut perlulah disokong.
Kita mungkin tidak mahu apabila tindakan keras di ambil, barulah kita cepat2 ingin menghindar.
Ini bukan terhad kepada kesihatan sahaja, malah kepada penyakit Iman..

Aku melihat ramai ahli keluargaku di ragut nyawanya kerana kehidupan yang tidak sihat.
Ini memberi kekuatan dan kesedaran pada akuuntuk sentiasa beringat.
Moga anda juga akan terfikir untuk jadi lebih sihat selepas ini..
Insyaallah~~!

(Inspired by healthy message from Kementerian Kesihatan Malaysia)
"Jangan kalau sudah terhantuk, baru nak terngadah" -people of the blog